

objektif kajian.
Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang satu bangunan bersejarah dinegara kita. Bangunan yang dipilih oleh saya ialah bangunan muzium negara. Kajian saya ini merangkumi objektif-objektif berikut:a) kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber Sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul,jelas dan tepat.b) Kajian dapat menambah pengetahuan saya tentang bangunan bersejarah yang ada di malaysia serta dapat memupuk perasaan bangga terhadap tanah air kita.Kajian ini juga dapat menyedarkan rakyat malaysia betapa pentingnya bangunan bersejarah dinegara kita kerana ianya dapat menyedarkan kita unutuk menjaga dan mempertahankan bangsa serta dapat memupuk semangat kekitaan dikalangan rakyat malaysia.c) Denganmmbuat kajian ini, saya dapat mengenali asal usul tamadum melayu. Misalnya seperti bangunan muzium negara, untuk mewujudkan satu pusat dokumentasi kegiatan belia yang induk bagi tujuan kajian dan informasi.d) Untuk menimbulkan kesedaran masyarakat khususnya golongan belia mengenai sumbangan kegiatan belia kepada masyarakat, bangsa dan negara.e) Menjalakan penyelidikan terhadap bahan dan artifak yang mempunyai kepentingan terhadp sejarah negara.f) menjalankan aktiviti permuziuman seperti menyelidik menghimpun merekod dan menerbitkan segala warisan khazanah sejarah negara.g) mempamerkan dan memanfaatkan bahan artifak warisan sejarah negara di galeri bagi tujuan pendidikan masyarakat kearah pembinaan jatidiri dan pembanguna bangsa.h) menjadikan salah satu produk pelancongan negara.KAEDAH KAJIAN Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk menjalankan kajian tersebut. Antaranya,melalui teknologi maklumat dan komunikasi. Banyak maklumat yang saya perolehi melalui kaedah tersebut.Salah satu laman werb yang saya layari ialah wikipedia. Wikipedia ialah ensiklopedia didalam internet. Kita boleh mendapatkan banyak maklumat dan fakta-fakta melaluinya dalam pelbagai bahasa.Selain itu, saya juga merujuk kepada majalah budaya. Didalamnya mempunyai sedikit sejarah mengenai muzium negara.Penerapan unsur patriotisme Perkataan pemelihaaran membawa maksud kepada kerja-kerja membaik pulih bangunan dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang bersesuaian seperti pencegahan, pengekaln, pengukuhan, pengembalian semula, pengeluaran semula, pembinaan semula dan lain-lain lagi. Perkataan pemuliharaan pula membawa kepada maksud memulihara dan megekalkan dalam bentuk yang sedia ada.Semangat bangga sebagai rakyat malaysia dapat dibentuk melalui kajian bangunan bersejarah kerana melalui kajian ini, kita dapat menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara dengan mempelajari dan meneruskan pemeliharaan dan pemuliharaan warisan bangsa ini.Melalui ini juga kita dapat memperkenalkan bangunan bersejarah kepada generasi depan. Sekaligus menunjukkan bahawa kita menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa. Dalam ertikata lain, melalui prinsip penjagaan bangunan ini, kita dapat menunjukkan bahawa kita bangga dengan sejarah bangsa. Selain itu, kita haruslah memupuk semangat setia akan negara untuk melahirkan perasaan cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat malyasia. Ia adalah kerana kita merasa bertanggungjawab untuk mempertahankan nama negar, Kita juga perlu rasa bersyukur sebagai warganegara malaysia.Melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga, kita dapat menyemai semangat bersatu padu dan harmoni diantara masyarakat majmuk.Sikap kerjasama dan tolong menolong antara masyarkat juga akan melahirkan semngat patriotik antara anggota masyarakat. Justeru akan melahirkan semangat kekitaan yang tinggi.Tambahan lagi kita perlulah berdisiplin untuk menjadi orang yang amanah,jujur, dan berlaku adil serta bertimbang rasa. Berusaha dan produktif dalam menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan juga akan membolehkan kita dilihat sebagai orang yang berilmu dan berketerampilan.Kesimpulannya, berbangga sebagai rakyat malaysia, bersemangat setia negara, bersemangat kekitaan, berdisiplin dan berusaha dan produktif dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat malaysia melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah.


